Jumaat, 26 Julai 2013

Aku Ingin Bahagia


Hari ini 26/7/2013 masuk hari ke 17 di bulan Ramadan..

Malam ni membuatkan hati aku tergerak untuk meluahkan perasaan tentang kehidupan aku dan apa yang aku rasa di dalam jiwa sanubari aku. "Aku Ingin Bahagia" itu adalah kata-kata yang telah sekian lama aku inginkan tapi kenapa tidak pernah menjadi kenyataan dalam kehidupan aku ini. Jiwa aku sangat mudah tersentuh aku tidak kuat untuk melawan perasaan aku terhadap apa yang aku telah aku lalui di setiap hari dalam hidup aku. Perasaan ini membuatkan jiwa aku bergelora untuk menyalahkan takdir yg Tuhan berikan pada aku. Kadang-kadang jiwa aku sengsara membuatkan air mata aku mengalir di pipi lalu jatuh ke bumi. Aku cuba untuk kuatkan diri ini, aku berdoa tapi kenapa doa aku tidak pernah Tuhan kabulkan apa silap aku berdosa kah aku Tuhan aku ingin bahagia seperti kawan-kawan aku yang lain aku cemburi melihat kesengan mereka tp aku!!!

Tak sampai dua minggu lagi untuk menyambut hari Lebaran iaitu hari raya yang semua budak-budak remaja macam aku nantikan untuk bergaya dengan pakaian baru yang telah di beli oleh mereka. Aku nk cerita tentang aku beraya tahun ni.... Errrmmmmm baju raya untuk aku tahun ni memang tak ada nampaknya aku tak kan pakai baju baru la. Aku slalu buka Facebook tiba-tiba aku kawan bertanyakan dekat aku "baju raya dah shooping ker" aku jwb "belum lagi" pada masa yang sama hati aku sedih sbb aku tak kan beli baju baru tahun nie...aku mana ade duit aku tak keja cuti semester ni...tak mcm tahun lepas aku keja boleh la beli baju raya..kawan-kawan aku siap pegi shooping KL lg untuk beli baju raya, ini membuatkan hati aku makin tersentuh aku cemburu bila melihat kawan-kawan aku mampu utk semua tu tp aku tak mampu aku xde duit.
ermmmmm ada kawan aku pom tak keja cuti sem tp ibubapa diorg bagi duit utk beli baju raya tapi kenapa aku tidak!!!....aku nk salah kan sape??.. aku nk salahkan Tuhan  sebab takdir!!!...Ermmm aku nk salah kan mak bapak aku!!!..atau aku patot salahkan diri aku!!..

Di saat kecelaruan ini terjadi pada aku kadang-kadang aku pasrah dgn apa yang berlaku....Takdir tidak pernah adil bagi aku dan dunia ni penuh dgn kepalsuan hipokrit semata-mata. Di saat semua ini terjadi pada aku...aku berani untuk mengambil kesempatan atau peluang yg ada di depan mata aku tidak kira lah samada baik di sisi tuhan atau sebaliknya....

Sememangnya aku ingin mencari ketenangan dalam hidup aku tp aku tidak pernah menemui ketenang tersebut..sampai bila agaknya Tuhan...titisan air mata tidak berguna lagi kerana Tuhan telah aturkan takdir aku mcm ni..........

Khamis, 18 Julai 2013

Puasa Tahun Ini


Hari ini 18/7/2013, sudah masuk hari ke sembilan aku puasa di bulan Ramadan. sebelum Ramadan tiba aku berharap ramadan tahun nie akan memberi ketengan kepada jiwa aku yang sentiasa bergeloran dalam menjalani kehidupan aku seharian. Aku cuba untuk mendekatkan diri pada Mu ya Allah tapi entah kenapa dugaan nie selalu hadir dalam kehidupan aku. Aku tidak mengharapkan seluas langit ketengan itu tapi cukup lah sedikit untuk buat aku bahagia!!

Disaat kebahagiaan orang lain menyambut bulan ramadan besama keluarga yang cukup bahagia tetapi aku tak penah nk bahagia. keluarga aku sempurna aku ada ibubapa dan juga adik beradik tp yang menjadi maslah bagi aku perangai bapak aku. aku tak suka perangai dia. walaupom dia sembahyang cukup tak pernah tinggal tp hanya aku dan keluarga aku yang tahu. kadang-kadang hati aku berontak dengan semua ini tapi aku terpaksa harungi juga. Kenapa tuhan meletakkan aku dlm keadaan ini aku cemburu takkala melihat orang lain cukup bahagia tenang tapi aku?? apa! apa! yang aku dapat..

Apa yang aku rasa tak terluah dalam blog ini biarlah aku simpan di dalam hati aku sampai aku mati...sesungguhnya aku sudah penat hidup dalam keadaan begini!!.aku letih!!.kalau aku di beri peluang aku ingin pergi jauh dalam kehidupan ini..aku ingin bina hidup baru....

Khamis, 13 Jun 2013

Kawan Baik Aku Di Universiti



13/6/2013 di suatu petang jarum jam menunjukkan lebih kurang pukul 5.20, aku mula bergerak keluar dari dewan auditorium dimana tempat aku exam di sebuah IPTA yang  terletak pada bahagian pantai timur semenanjung malaysia.pada waktu petang tersebut hujun turun dengan lebat namun, tidak lama hujun itu mulai reda dengan renyai-renyai aku dan kawan aku mula bergerak dengan motosikalnya. 
 Dalam perjalanan pulang ke hostel sempat aku dan dia singgah di kedai makan sebab dari pagi lagi kami tak makan.Setibanya kami di hostel hati aku mula merasakan sayu dan pilu kerana dia akan meninggalkan pengajiannya di IPTA ini kerana dia telah mendapat tawaran dari "SPA" di Selangor. Walaupun kami telah berada di semester 6 dan masih ada 2 semester lagi untuk mendapat segulong ijazah tetapi keputusannya tetap untuk pergi jua. 
 Berat hati aku untuk berpisah dengan sorang kawan baik semenjak kami mula-mula masuk Universiti lagi. Memang sukar untuk aku mendapatkan kawan seperti dia mungkin dia adalah kawan yang terakhir bagi aku di IPTA ini, keluar makan besama, buat assignment besama, tempat meluahkan isi hati besama dan banyak lagi lah. 
 Segala gelak ketawa kita disepanjang persahabatan ini hanya akan  tinggal kenangan semata-mata walauapa pun persahabatan tetap persahabatan tapi setelah dia pergi meninggalkan IPTA ini entah bila kita kan dapat berjumpa lagi.....walauapapun perpisahan ini telah membuat hati aku sunyi, pilu dan sayu....."kawan aku berharap satu hari nanti kita dapat berjumpa kembali"...Semoga Allah sentiasa menjaga kita..Amin!!!
 
 
Yang Ikhlas...
SAHABAT SEJATI....

Rabu, 7 Disember 2011

cerita cinta


Dalam kesepian malam, terkadang aku teringatkan dirimu seorng insan yg aku cinta mati.....
Terimbas kembali kenangan lalu alangkah indahnya aku selalu disisimu.....
Hanya air mata menemani malam sepiku kerna aku terlalu merindui saat bersamamu.....
Kenapa terlalu sukar utk aku melupakan dirimu, dahulunya engkau berikanku harapan......
Hanya satu aku mengharapkan darimu iaitu menyayangi dan mencintai diriku.....
Ungkapan yang engkau tlh berikan “hanya sekadar kawan” ia membuatkan hatiku gelisah dan resah kerna aku anggap dirimu lebih dri sekadar kawan......
Dengan terpaksa aku menerima dirimu hanya sebagai kawan yang biasa tp aku terlalu takuti akan kehilanganmu teman.....
Namun engkau telah berjanji dengan ungkapan yang aku berikan bahawa hubungan kita akn terus berkekalan walau hanya sekadar kawan....
Hanya air mata yg mengalir kesedihan!
Telahku cuba untk mempertahankan hubungan ini namun dirimu pergi jua...
Aku tidak menyangka dan aku tidak menduga perpisahan akan melanda.....
Dimanakah janjimu wahai teman utk setia denganku wlaupun HANYA SEKADAR KAWAN.......
Penantianku hanya sia-sia belaka kerna pergimu tanpa sepatah kata kini aku bagaikan hanyut dilautan......
Apakah engkau akn muncul dihadapanku lagi walau hanya sekadar kawan!!!
wahai teman! Percayalah aku terlalu merindui dirimu yg seperti dulu...........
_AKU SAYANG KAMU_